Sunday, January 31, 2010

Puan Jayanti

Kedai runcit kegemaran Pak Man........Kedai Jayanti. Itu lah dia tuan punya kedai, Puan Jayanti. Suaminya En.Samy keluar berjaja keliling taman-taman perumahan.
Kedainya dibuka dari pukul 6.30 pagi sampai pukul 10.30 malam.
Dulu mereka ini adalah pelanggan tetap kelapa yang Pak Man jual. Seminggu 300 biji.
Sekarang tinggal kenangan.....bisnes kelapa sudah menjadi sejarah.
Setiap hari Pak Man mesti singgah kedai ini. Ada saja yang nak dibeli.
.
Minggu lepas, salah seorang daripada anak mereka balik bercuti dari KL.
Pak Man terkejut bila dia kata, "Uncle, ooooo pandai uncle tulis blog. Saya suka baca."
"Terima kasih.....saja je uncle tulis main-main....cerita orang kampung."
.
Terima kasih kepada semua yang sudi baca blog Pak Man........

Friday, January 29, 2010

Ramainya orang!...ada apa?...Malaysia vs MU ke?.

100 ribu orang telah berkumpul di Stadium Sultan Mohammad IV. Woooo ramai nya......
Kisah sepenuhnya kalau nak tahu baca lah blog orang ini............







Semua gambar2 ini Pak Man ambil dari blog Topeng Perak.............tq bro.


Thursday, January 28, 2010

Saya tidak kaya tapi hati saya banyak senang.


Semalam Pak Man ke kedai jam 'feberet' Pak Man. Kalau ada masalah berkaitan jam, kedai apek ini lah yang Pak Man tuju.
Pak Man suka berborak dengan apek ni, sambil dia buat kerja, sambil berborak.
Macam-macam kisah orang dulu-dulu yang dia cerita kan.
" Saya sudah buat kerja ini sudah lama.....sudah 50 tahun."
"Sekarang encik umur berapa?"
"Sudah 75. Dari muda sampai sekarang , ini kerja saja saya tahu bikin."
"Ini kedai encik punya ka?"
"Ya.....saya bagi dua...sebelah saya sewakan kepada tukang jahit tu, sebelah sini saya guna. Atas saya guna...rumah saya la..."
"Saya suka kerja ni....satu hari dapat tak dak banyak laa....cukup makan saja, tapi hati saya senang....anak-anak semua sudah kerja...KL...Singapore...Genting."
"Encik banyak kaya laaaa.......kedai ini nilai nya mungkin RM400 ribu lebih......"
" Saya tidak kaya....tak ada kereta.....jalan kaki saja....kalau mau pegi KL, saya naik bas. Yang penting hati saya senang."
"Saya jarang keluar dari Raub ni...setahun, dua tiga kali saja.......awak tinggal mana?"
"Batu Talam....encik biasa pergi Batu Talam?"
"Tak pernah pergi sana laaa....jauh ke?"
Ohhh...begitu sempit dunia apek ini, tapi hati nya senang. Berbanding dengan sesetengah orang yang berpeluang melawat seluruh dunia, tapi hati nya hanya Allah saja yang tahu.

Wednesday, January 27, 2010

Semua orang berlumba-lumba datang awal.

Pukul 7:00 pagi semua garaj kereta sudah penuh.
Semua cikgu berlumba-lumba datang awal ke sekolah.
Siapa lewat , letak kereta tengah panas.
Ada seorang ustaz tu , lagi awal......dia tidur di sekolah.
Tiap-tiap petang budak-budak datang ke sekolah belajar mengaji.
Alhamdulillah.......2010 SK Semantan Ulu sudah berubah.

Tuesday, January 26, 2010

Apa khabar orang Kinabatangan?

Baru-baru ini Kinabatangan dilanda banjir. Sekarang nampak nya keadaan sudah kembali seperti sediakala. Harap orang Kinabatangan bersabar. Jangan risau kerana pemimpin Kinabatangan sentiasa bekerja keras demi untuk kesejahteraan rakyat.

Ahli Parlimen Kinabatangan baru balik daripada melawat kawasan. Senyum....itu tandanya masalah sudah selesai.
.
.
Sumber berita : mStaronline.

Monday, January 25, 2010

Jangan Tambat Unta kita dihalaman orang.

Tajuk di atas tu Pak man ambil dari sepotong pepatah Arab. Kalau nak disesuaikan dengan keadaan di kampung-kampung di Malaysia ini, boleh lah diubah jadi, 'jangan tambat lembu kita di halaman orang'.
Bagi masyarakat Red Indian mungkin boleh ubah jadi, 'Jangan tambat kuda kita di depan khemah orang'.
Bagi masyarakat Malaysia yang tinggal di rumah teres mungkin boleh diubah jadi, 'Jangan parking kereta kita di depan rumah orang'.
.
.

Semalam Pak Man pergi menziarah kerabat Pak Man di satu kawasan perumahan. Di depan rumah nya ada dua buah kereta jiran nya diparking betul-betul depan pintu pagar beliau. Sungguh menyusah kan.
Pikir lah sikit, orang lain pun nak keluar masuk juga. Awak tambah rumah sampai ke tepi pagar, kereta dah tak ada tempat nak letak. Lepas tu buat bodo..........letak depan rumah orang.
Badwi padang pasir pun tak ada perangai macam tu.

Saturday, January 23, 2010

Sekolah Pondok Tertua Hangus Dijilat Api.

Sekolah pondok Lubuk Tapah Pasir Mas Kelantan telah hangus dijilat api. Pak man harap murid-murid dan guru-guru sekolah tersebut bersabar dengan dugaan ini.
Murid-murid tahfiz sedang menyusun kitab-kitab yang telah berjaya mereka selamatkan. Semoga mereka akan bangkit semula dengan lebih bersemangat lagi.
Gambar-gambar dari Kosmo online.

Friday, January 22, 2010

Harga getah tinggi - orang kampung senyum lebar.


Sekilo harga nya menghampiri RM5 . Orang kampung semua senang hati. Semua orang 'anginnya' baik. Buat salah sikit-sikit tak cepat marah. Semua orang jadi cool.
Rata-rata pendapatan orang kampung sekarang ni di sekitar RM 4000 ke Rm5000 sebulan.
Kalau diadakan pilihanraya sekarang ni, kerajaan akan menang dengan majoriti besar(di kampung ni la).
Gambar di atas adalah kebun getah di sebelah pagar SK Semantan Ulu. Tuan nya dapat ribu-ribu sebulan, murid sekolah dapat nyamuk.........
Harap-harap orang kampung pandai-pandailah menyimpan. Langit tidak selalu cerah...........
Bukan macam orang makan gaji, hujan ke....ribut ke.......panas ke...banjir ke....gaji tetap masuk.
Sediakan payung sebelum hujan. Kalau nak sediakan baju hujan pun boleh juga..........
Jangan bila hari dah hujan....baru nak cari daun pisang buat peneduh.........

Wednesday, January 20, 2010

Patin Buah - RM 120.00 / kg

En.Mi Hamidi Nipah, seorang nelayan sungai dari Kg.Pengau Hulu Tembeling, Jerantut, Pahang D.M telah berjaya menangkap ikan 'patin buah' di Sungai Tembeling dengan mengguna kan 'rawai'.
Beliau menjualkan nya kepada seorang pengusaha restoran di bandar Jerantut dengan harga RM 720 .
Patin jenis ini amat jarang ditemui sekarang ini. Sebab itulah harga nya mahal.
Ikan ini sangat sedap dimasak gulai asam tempoyak. Masakan kegemaran orang Pahang, terutama di kawasan Pahang Barat.

Sumber: Utusan Malaysia online.

Tuesday, January 19, 2010

Barang antik - katil tahun 1935.

Pada suatu pagi minggu, kami membersihkan bilik stor. Ada banyak barang-barang lama yang tersimpan di dalam nya. Ada kerusi roda, ada katil lama, dapur, mesin jahit dan beberapa jenis barang lagi. Yang paling menarik sekali ialah katil antik ini.
Ini adalah sebahagian daripada besi-besi pagar katil tersebut. Pada papan lantai nya ada tercatat,"Katil ini dibeli pada Jun 1935". Waaa....lama tu!
Kami pun cuba lah memasang nya. Setelah berhempas-pulas akhirnya dapat juga kami memasang nya. Besi-besi nya sungguh berat sekali. Begitu juga dengan papan nya, sungguh tebal dan berat.

Begini lah rupa nya bila dah siap dipasang. Saiz nya lebih besar dari katil biasa. Buatan orang zaman dulu memang berkualiti.


Monday, January 18, 2010

Siakap Masam Manis.

Nampak macam tak menarik saja.....tapi bila makan, hmmmm....sehingga menjilat tulang!
Dalam masa beberapa belas minit saja sudah tinggal tulang.
Harap-harap minggu depan akan ada ulangan menu ini sekali lagi.....................

Hah!...kenapa jadi macam ni?

Hah!...membengkak?
Bagi yang mengalami nya....malu!
Bagi yang tidak mengalami nya ........mungkin akan kata, "lucu nya!"
Macam mana boleh jadi begini?.
Jawapan nya ada disini
Kalau nak tahu boleh lah baca........

Sunday, January 17, 2010

Eppi Besday Ainur!

Sudah 4 tahun.......tahun depan dah boleh masuk kelas TADIKA. Tiup......fuhhhhhhhhhhhh!

Selamat Hari Jadi Ainur Umairah!
Malam tadi Pak Man ke KL, menghadiri Majlis Doa Selamat sempena hari jadi anak sedara. Nama budak kecik tu ialah Ainur Umairah. Yang pakai baju merah berdiri atas kerusi tengah potong kek tuuuu......
Hari jadi yang ke 4 tahun.....mulut nya pot pet pot pet pot pet tak berhenti.......eeee.

Gambar ni dikirim oleh Abang Jiji, selaku juru gambar pada majlis tu.
Sebenar nya gambar ada banyak lagi, tapi oleh kerana internet di Kg. Setalam Batu ni 'terlampau laju'.....tak dapat Pak Man nak upload kan semua nya.

Rasa macam nak POTONG!POTONG!POTONG!.....tapi tak kan nak guna internet yang ada lesen 'P' pulak.

Walau macam mana pun Pak Man tetap berbangga dengan kampung yang begini aman-damai dan makmur serta maju(ye ke?) ini.

Saturday, January 16, 2010

Ada kambing hitam, ada daun sirih.

Hari ni tak ada apa nak buat, jadi mari kita buat lawatan sambil belajar ke sekeliling kawasan rumah Pak Man. Mula-mula kita tengok apa ada di tepi garaj kereta. Ada sebatang pokok bunga orkid yang sedang berbunga. Ini lah dia bunga orkid tersebut.

Selepas itu kita beralih ke tepi pagar berhampiran pintu masuk. Di sini ada satu (sebatang?, seketul?, sebuah?,secebis?) tunggul kelapa. Kesian tunggul ini kerana tak ada siapa peduli. Tak pernah ada orang yang berminat nak ambil gambar nya, jadi Pak Man ambil lah gambar nya. Begini lah rupa nya tunggul tersebut.

Seterus nya kita terus ke belakang dapur berhampiran dengan kolah ikan tilapia Pak Man. Di sini ada sebatang pokok betik. Buah nya tiap-tiap minggu ada yang masak, jimat belanja........
Pucuk nya boleh buat ubat darah tinggi.

Di tepi pokok betik ada serumpun pokok sirih. Tak ada siapa yang makan daun sirih ini kecuali sekali-sekala ada kambing terlepas dari kandang.........


Akhir sekali mari kita melawat kandang kambing. Ini lah rupa nya kambing Pak Man yang paling tua. Umur nya dah masuk 5 tahun. Sudah melahirkan 7 ekor anak setakat ini.
Anak-anak nya semua berwarna hitam dan putih......warna bendera negeri Pahang.



Sekian saja lawatan sambil belajar kita pada kali ini. Sehingga berjumpa lagi dalam lawatan sambil belajar yang lain pula.



Thursday, January 14, 2010

Hukum sertai Facebook

Apa hukum nya sertai Facebook?. Syubhah kah?.

Pemilik nya Mark Zucherberg dikatakan menyumbangkan dana dari penggunaan Facebook dari seluruh dunia kepada bangsa nya, Yahudi.

Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman memberikan jawapan nya disini......

Wednesday, January 13, 2010

Guru Besar, motor nya pun besar.


Tahun 2010 SK Semantan ulu dapat Guru Besar baru. Orang nya masih muda. Ada kelainan dari Guru Besar yang lalu.
Guru Besar baru datang sekolah naik motor besar.
Bagus lah Tuan GB, nanti senang nak melawat rumah murid-murid. Kampung ni jalan nya tak lah lebar macam jalan di bandar. Sesuai lah kalau Tuan GB bawa motor keliling kampung.
Selamat bertugas di sekolah baru Pak Man ucapkan kepada Tuan GB.

Tuesday, January 12, 2010

Rumah blogger dibaling dengan kapak

Rumah salah seorang blogger yang agak tersohor juga la di Kelantan telah dibaling dengan kapak oleh orang yang tidak dikenali.
Berita selanjutnya boleh baca disini.

Monday, January 11, 2010

BERHENTI.....Pemeriksaan Polis.

Ini adalah sebuah kisah benar.
Pada suatu pagi minggu, di sebatang jalan raya di Negeri Pahang DM.
Polis mengadakan sekatan jalan raya. Kenderaan berderet-deret, jalan menjadi sesak.
Seorang pakcik memandu kereta Kancil berhenti depan polis yang memegang bendera.
"Preeeeeeettt!!...jalan lah pakcik. Buat apa berhenti?" tak nampak ke jalan dah jam ni!"
"Biasa nya 'road-block' kena berhenti, kalau tak berhenti kena cas ingkar perintah"
"Kereta yang kami tahan saja berhenti, yang kami tak tahan , jalan saja lah"
"Tapi papan tanda tu tulis "BERHENTI Pemeriksaan Polis"...saya berhenti lah"
"Jalan!...jalan!!"
"Encik, lain kali jangan tulis BERHENTI, tulis lah PERLAHAN...baru betul"
"Jalan!....nantikan saya saman kan!....loyar buruk!"

Peristiwa itu menambahkan lagi kesesakan jalanraya..........

Siapa yang benar, siapa yang salah sebenar nya?

Friday, January 8, 2010

Kalau sudah berjaya dalam hidup, jangan lupa sekolah lama kita.

Ini adalah Sek.Keb.Semantan Ulu. Terletak 30 km dari bandar Raub. Kategori - sekolah pedalaman.
Murid-muridnya seramai 47 orang. Tergolong dalam kategori 'Sekolah Kurang Murid'. Guru-guru nya seramai 14 orang. Mula di tubuhkan pada tahun 1919. Sudah tentu lah ramai bekas-bekas pelajar nya yang dah bekerja. Mungkin ada yang dah berjaya dalam kerjaya masing-masing dan hidup senang-lenang di bandar-bandar besar.
Pada tahun 2009 yang lalu, Pak Man ada menerima derma daripada pembaca blog Pak Man untuk PIBG sekolah ini. Terima kasih diucapkan kepada penderma tersebut (seorang dari KL, seorang dari Dubai dan sepasang suami isteri juga dari Dubai). Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa kalian semua.
Wang itu pihak PIBG guna kan untuk aktiviti kecemerlangan murid-murid.
Hasil nya adalah seperti di bawah:

Sijil Penghargaan'Peningkatan Mata Pelajaran(GPMP) Matematik Dalam UPSR 2009.
Sijil Penghargaan'Peningkatan Mata Pelajaran(GPMP) Sains Dalam UPSR 2009.


Sijil Penghargaan'Peningkatan Mata Pelajaran(GPMP) Bahasa Inggeris Dalam UPSR 2009.
Sijil Penghargaan'Peningkatan Mata Pelajaran(GPMP) B.Melayu(kefahaman) Dalam UPSR 2009



Sijil Penghargaan'Peningkatan Gred Purata Sekolah Dalam UPSR 2009.
Sijil Penghargaan'Peningkatan Peratus Dalam UPSR 2009.
Pada tahun ini pihak PIBG hanya berjaya mengutip sumbangan sebanyak RM300 sahaja. Kami berharap agar ada insan-insan yang berhati mulia sudi menyumbang untuk menampung perbelanjaan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti untuk kecemerlangan murid.
Sekiranya ada bekas-bekas pelajar yang ingin menyumbang, kami amatlah berbesar hati . Tidak kira dalam apa bentuk sekali pun.




Thursday, January 7, 2010

Ya Allah ya tuhan ku, ringan kan lah beban ku ini.....


Mungkin itu lah yang sedang di doakan oleh orang dalam gambar di atas.
Semua orang ada masalah. Cuma bezanya ringan atau berat, besar atau kecil. Allah akan menguji setiap hamba Nya dengan berbagai-bagai masalah. Itu tandanya Allah sayang kan kita.
Semakin tinggi darjah keimanan seseorang itu, maka semakin besar lah dugaan yang akan diuji.

Terima lah setiap dugaan dan cobaan itu dengan hati yang redha.

Wednesday, January 6, 2010

Ada apa di Bachok?. Hotel 5 bintang?. Kompleks beli-belah?.

Pernah seorang kawan bertanya kepada Pak Man soalan-soalan seperti di atas. Pak Man senyum tanpa jawab apa-apa. Rasa-rasa macam di tu bergurau. Kadang-kadang ada juga macam rasa di perli. Ada juga terfikir, "Dia ni lemah betul pengetahuan am nya".

Bachok tak ada hotel, tak ada kompleks beli-belah, tak ada panggung wayang dan tak ada lebuh raya. Pendek kata kami di Bachok tak ada benda-benda mewah macam tu, (tapi orang kata di laut nya ada petrolium tapi hasil nya bukan untuk kami. Kami tak ada hak....kata mereka) kami hidup serba sederhana. Yang penting kami bahagia.

Wakil Rakyat kami selalu bertukar, PAS....BN....PAS semula....BN semula .....dan sekarang ni PAS semula. Kami suka bereksperimen, kami dapati kedua-dua nya sama saja.
Bandar Bachok sama seperti keadaan nya di tahun 60an dahulu. Entah laaa...........
Sekarang ni kalau orang tanya, "Apa produk Bachok?". Pak Man dengan bangga nya akan menunjukkan Sos Lazzah. Sos penyicah Istimewa (colek). Setiap kali balik ke Bachok Pak Man mesti beli 2 dozen. Semoga perniagaan Sos Lazzah ini berkembang maju.
Pantai Irama ni pun merupa kan produk Bachok(produk pelancongan). Entah berapa kali dah Pak Man cerita tentang Pantai Irama ni. Itu makna nya Pak Man terlalu berbangga dengan tempat sendiri. Kalau kita tak cerita kan pasal keindahan tempat kita, siapa lagi?.
Kalau tak dapat membangun secara fizikal, Pak Man harap anak-anak Bachok akan membangun dari segi sahsiah dan jati diri.
Semoga akan terlahirlah modal insan yang berkualiti dan tidak lupa asal-usul.

Tuesday, January 5, 2010

Di bawah ketiak moyang

Sewaktu kecil dulu, Nadirah memang suka tidur di celah ketiak moyang nya. Tetapi kena tengok mood dan keadaan moyang dahulu. Kadang-kadang moyang suka, kadang-kadang tak berapa mengalu-alukan cucu-cicit nya. Barang-barang nya jangan diusik dan diubah tempat, dia tak suka.
Kini arwah moyang sudah tiada lagi, sudah 2 tahun arwah pergi meninggal kan kami semua. Semasa itu usianya lebih kurang 90 tahun.
Gambar ini diambil beberapa bulan sebelum arwah moyang meninggal dunia.
Semoga arwah damai di sana............
Semua anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit serta ciut-ciut kepada arwah mendoakan kesejahteraan...........aminnn.

Saturday, January 2, 2010

Dosa kecil akan membawa kita kepada dosa besar


Malam tahun baru, ramai anak-anak muda kita yang menyambut nya di hotel-hotel dan di rumah-rumah tumpangan bersama-sama pasangan masing-masing.
Gambar diatas adalah merupakan peristiwa yang berlaku di Kuantan. Bila penguat kuasa JAIP datang serbu bilik hotel, dah tak tahu nak buat apa.....
Masa tu baru tersedar.....malu.....takut.....semua terlintas di fikiran.
Tindakan yang bodoh dan tak masuk akal pun terus di buat.....syaitan akan memandu pelaku dosa-dosa ini untuk terus melakukan dosa-dosa yang seterus nya.