Saturday, February 27, 2010

Puan Serati dan anak-anak.

Alhamdulillah.......telur-telur itik serati sudah menetas dan sekarang ni Pn.Serati hidup berbahagia bersama-sama dengan anak-anak nya.
Harap-harap kali ini jangan ada lah lagi orang yang tak berhati perut mencuri itik-itik serati tersebut.
Semoga mereka membiak dan terus membiak.

Wednesday, February 24, 2010

Benda paling sedap dalam dunia.


Pada masa dulu, waktu zaman kanak-kanak (kira-kira setengah abad yang lalu) Pak Man paling suka makan ais krim 'colek'.
Kedatangan penjual ais krim amat di tunggu-tunggu oleh budak-budak di kampung. Maklum lah, rumah kami semua tak ada peti ais. Macam mana nak ada peti ais sedangkan pada masa tu kampung kami tak ada bekalan elektrik lagi.
Pada masa tu ais krim adalah makanan yang paling sedap bagi kami.
Satu, harga nya 10 sen. Kadang-kadang satu ais krim makan kongsi dua orang. Itu yang menjadikan nya lagi sedap.
Baru-baru ni Pak Man berkesempatan membeli ais krim 'colek' ini di Pantai Irama. Satu , harga nya dah jadi RM 1.00 .
Tapi rasa nya sudah tidak sesedap dulu. Mungkin agak nya kerana sekarang ni Pak Man dah jumpa benda lain yang lebih sedap lagi.
Atau pun kualiti ais krim 'colek' itu sudah tak sehebat yang dulu.

Tuesday, February 23, 2010

Mak Cik jual tapai.

Di depan kedai Pak Haji parang ada gerai Mak Cik Tapai. Mak Cik ni jual tapai pulut dan tapai ubi kayu.
Yang paling laku adalah tapai pulut nya. Ada tapai pulut hitam dan tapai pulut putih.
Ada tiga kategori......bakul 'A' untuk 'makan selalu'(makan terus).
Bakul 'B' untuk makan esok.
Bakul 'C' untuk makan lusa. "Kalau nak bawa balik ke KL, beli lah yang ini"
Pak Man kagum dengan cara mak cik ini mengatur strategi bisnes tapai nya.
"Kalau nak buat jamuan ke atau saja-saja nak makan ke boleh 'oda'(tempah), nanti mak cik bagi nombor 'henpon'......"
Semoga bisnes tapai mak cik semakin maju!

Saturday, February 20, 2010

Pak Haji Parang


Pak Haji ni masih ingat akan Pak Man, walau pun kami hanya berjumpa sekali-sekala sahaja. Setiap kali balik bercuti ke KB, Pak Man pasti berkunjung ke kedai Pak Haji. Pak Man nak tengok kalau-kalau ada koleksi terbaru yang Pak Haji jual.
Kalau barang tak ada stok, Pak Haji berjanji akan carikan untuk Pak Man.
Pak Man dah beli banyak jenis barang-barang besi dari Pak Haji.
Semua nya ada di sini, parang, sadap, keris, lembing, pedang, buku lima, kerambit,dan banyak lagi.
Kedai nya biasa saja, tidak lah sehebat kedai-kedai bangsa asing yang terdapat di kompleks beli-belah.
Tapi hati dan jiwa Pak man rasa tenang bila berkunjung ke kedai ini. Lebih-lebih lagi bila bersembang dengan Pak Haji.
Kepada 'saudara yang tak bernama' yang begitu bangga sangat dengan bangunan-bangunan tinggi yang terdapat di tempat beliau, Pak Man nak tanya, "Dalam kompleks beli-belah tersebut ada berapa buah kedai orang kita?".
Jangan lah nak berbangga sangat dengan kemajuan tersebut. Bangunan tu siapa punya?
Di mana kah tempat anak-anak muda kita ?....dalam kedai, sebagai peniaga kah? atau di tepi-tepi tangga sebagai 'kutu lepak'?.

Wednesday, February 17, 2010

Kelantan Trade Centre

Gambar ini Pak Man ambil di Kota Bharu beberapa hari yang lalu. Tujuan nya adalah untuk ditunjukkan kepada seorang sahabat yang tak pernah ke KB dan mempunyai tanggapan yang salah tentang KB.
Sahabat tersebut selalu merujuk kepada surat khabar dan TV. Pak Man kata laporan tu tak tepat, berat sebelah. Dia tak percaya, "Tak kan TV dan surat khabar nak menipu".
Dia selalu nampak gambar-gambar tentang KB di TV dan surat khabar yang menunjuk kan bangunan-bangunan zaman perang dunia kedua, beca, beca, beca dan beca.........rumah buruk dan usang.
"Di KB tu ada kah terdapat bangunan yang mempunyai lif ?".
Hahahahaha............mu ni baru keluar dari gua mana?......
Pergi lah melawat tempat orang sekali-sekala.
Dia suruh Pak Man balik ambil gambar bangunan-bangunan yang canggih di KB. Kalau dia rasa tertarik baru dia nak gi melawat KB.
.
.
.
Mu ingat tempat mu tu maju sangat ke?..........jangan nak ukur kemajuan dengan tengok bangunan tinggi saja. Kalau tak ada bangunan tinggi, tak maju ke?.
Kelantan memang tak se maju KL, tapi kalau KL ada Putra World Trade Centre.........
KB ada Kelantan Trade Centre.....kira okay lah tu.
Tapi surat khabar dan TV tak pernah cerita tentang bangunan ini.
Berbalik kepada pertanyaan tentang lif tadi........Pak Man tak nak jawab.........LU PIKIR LAH SENDIRI !!!!!!

Tuesday, February 16, 2010

Alesya sudah besar.


Sekarang ni Pak Man berada di Kelantan. Sudah 3 hari dah. Esok nak balik Raub dah.
Alhamdulillah....cuti kali ni dapat jumpa adik-beradik, anak-anak sedara, serta cucu (Alesya).
Kali terakhir Pak Man jumpa Alesya ialah pada Hari Raya Haji yang lepas.
Alesya sudah besar......tapi sekejap saja dapat bermanja dengan Atok Man.
Tak apa , ada masa nanti kita jumpa lagi.

Monday, February 15, 2010

Ngape bior semok.......

Baru-baru ni Pak Man menghadiri pengkebumian salah seorang guru di sebuah kampung. Pak Man rasa tak selesa sedikit dengan keadaan kawasan tanah perkuburan tersebut. Bersemak - samun. Takut nanti ada ular.
Sudah lama agak nya tak dibersih kan.
Tetapi tidak semua kawasan nya bersemak-samun, sebahagian nya bersih......mungkin perkuburan yang selalu dijenguk oleh anak-cucu itu bersih. Kalau anak-cucu tak pernah jenguk, macam mana nak bersih.
Ada sesetengah anak-cucu tu tak tahu pun mana satu kubur datuk dan nenek mereka.
Bakpo laaa jadi gitu....
Teringat pula Pak Man nak jenguk kubur moyang-moyang Nadirah.

Ini kubur moyang perempuan yang meninggal pada 2008. Alhamdulillah......bersih la jugak.

Ini pula kubur moyang lelaki yang meninggal pada 1998. Sekitar nya tak ada semak-samun. Kubur arwah berdua ini terletak bersebelahan.
Kalau ada masa, bawa lah anak-anak ziarah kubur arwah datuk - nenek mereka. Insya-Allah mereka akan lakukan perkara yang sama keatas kubur kita nanti.


Friday, February 12, 2010

Terima kasih kepada 'kasut koboi' kerana sudi datang.

Semalam ada seorang pegawai dari salah sebuah jabatan kerajaan datang melawat Pusat Sumber SK Semantan Ulu.
Terima kasih lah encik kerana sudi datang. (Encik ada baca blog Pak Man ke?).
Encik ni tak jumpa Pak Man, dia jumpa guru berkenaan.
Harap-harap ada lah sesuatu yang akan di berikan...............
Kalau datang melawat saja-saja pun okay juga, tak jadi masalah...........
Pak Man dapat ambil gambar kasut nya saja.
Terima kasih tuan punya kasut koboi.

Wednesday, February 10, 2010

Doktor jenis orang yang 'cash!' - Dr.Rozmey


TIDAK sampai seminggu pun cerita 'panas' mengenai isu 'ketegangan' antara Hairie Othman, filem 2 Alam dan produsernya, Datuk Dr. Rozmey menghiasi dunia hiburan tempatan. Kini, timbul pula dakwaan yang mengatakan produser dan usahawan glamor itu gagal melunaskan bayaran Hairie dan krew filem terbabit.
mStar Online lantas menghubungi usahawan produk Jus Mate 5 ini bagi mendapatkan komen dan pandanganya berhubung dakwaan terbaru itu.
Menurut Dr Rozmey, dakwaan mengenai dia tidak membuat bayaran kepada aktor yang juga pengarah filem itu tidak timbul dan hanyalah satu isu kecil.
"Isu ini adalah isu kecil dan tidak patut timbul. Biasalah, dalam hidup ini kalau kita buat baik pun tetap ada pihak yang ingin memburuk-burukkan kita.
"Apa yang pasti dakwaan itu tidak betul kerana semua krew termasuk Hairie dapat bayaran atas kerja mereka. Malah semua orang gembira dan berpuas hati dengan hasil filem ini," katanya memulakan bicara.
Tambah Dr Rozmey, sebagai produser dia sudah tentu berkemampuan untuk menjelaskan segala bayaran kepada semua krew terlibat sebaik sahaja kerja-kerja penggambaran tamat.
Jika tidak masakan dia berhajat untuk menerbitkan filem yang menelan belanja jutaan ringgit itu.
"Doktor orang yang 'cash'. Doktor mampu bayar secara tunai bayaran semua pihak yang terlibat, baik kepada Hairie mahupun semua pelakon dan krew.
"Doktor ini orang yang jujur. Bukannya orang yang menipu. Lagipun, buat apalah Doktor hendak menipu.
"Doktor sendiri yang pastikan semua pelakon dan krew dapat bayaran masing-masing. Boleh tanya pada Hairie sendiri sama ada Doktor sudah bayar atau tidak bayarannya," jelas Dr Rozmey yang begitu gemar menggunakan gantinama 'Doktor'.
Ketika diminta untuk mengulas mengenai hubungannya dengan Hairie Othman, Dr Rozmey berkata, dia dan Hairie tidak mempunyai sebarang masalah seperti yang digembar-gemburkan.
Malah, Hairie juga amat berpuas hati dengan layanan dan bayaran yang diberikan untuk tugas mengarah filem 2 Alam itu.
"Doktor dan Hairie tiada sebarang masalah. Malah, dia sangat berpuas hati dengan bayaran penuh dan layanan atas kerja yang dilaksanakannya.
"Mengapa perlu saya dan Hairie bercakaran? Perkara itu tidak timbul langsung. Filem ini pun sudah siap dan segalanya sudah selesai dengan baik.
"Bagi Doktor, tidak perlu timbulkan perkara berbangkit jika ia tidak berasas. Apa yang penting sekarang adalah bergerak ke arah matlamat untuk mencapai sasaran RM12 juta itu," katanya dengan nada sedikit kecewa ekoran segala spekulasi yang timbul.
Sebelum mengakhiri perbualan, Dr Rozmey sempat ditanya tidakkah isu yang timbul itu secara tidak langsung mencalar reputasinya sebagai figura korporat, namun Dr Rozmey begitu optimis dan enggan menuding jari pada mana-mana pihak.
"Doktor tidak mahu tuduh sesiapa pun dalam hal ini. Isu ini tidak penting dan bukannya perkara yang serius pun.
"Ia sengaja dipermain-mainkan untuk mengeruhkan keadaan dan nama baik Doktor.
"Apa yang penting adalah untuk melaksanakan strategi mencapai kutipan pecah panggung yang Doktor sasarkan pada filem 2 Alam.
"Jadi tak perlulah hendak digembar-gemburkan lagi isu ini," katanya.
*dari mStar online.

Tuesday, February 9, 2010

Yang menang tak menang semua dan yang kalah tak kalah semua.

Menang kalah adat berlawan...........
Tahniah kepada yang menang. Kalau menang kerana permainan bersih, tahniah.......
akan tetapi kalau menang kerana main 'ngelat', bersedia lah untuk terima balasan nya di Sana nanti.
Kepada yang kalah jangan putus asa.........cuba lagi di masa yang akan datang. Jangan simpan dendam, tapi terima lah keputusan ini sebagai satu cabaran untuk memperkuat kan diri dan terus berjuang.
Patah paruh bertongkat sayap.
Patah sayap bertongkat dagu.
Patah dagu bertongkat siku...............

Sunday, February 7, 2010

Lepaskan 300 anak ikan....untuk jamuan akhir tahun.

Ustaz sedang melepaskan anak-anak ikan ke dalam kolam ikan sekolah. Diperhatikan oleh Guru Besar dan kerani. Semoga ikan-ikan ini membesar dengan baik. Perancangan untuk dibuat lauk bagi jamuan akhir tahun nanti.
100 ekor patin. 100 ekor tilapia merah dan 100 ekor tilapia hitam.

Friday, February 5, 2010

Rupawan sudah tiada lagi.....

Dua hari yang lalu Pak Man terpaksa menyembelih Si Rupawan(kambing Pak Man) kerana sebab yang tidak dapat dielakkan.
.
Daging nya Pak Man sedekah kan kepada warga SK Semantan Ulu.
.
Ada seorang Cikgu secara sukarela menawarkan diri untuk memasak nya. Dapat lah semua orang makan gulai kambing.

Thursday, February 4, 2010

Kecil tapi berisi..........

Pusat Sumber SK Semantan Ulu, besar jasa nya kepada budak-budak Semantan Ulu.
Selain daripada tempat untuk budak-budak baca buku, bilik ini juga merupa kan bilik mesyuarat bagi guru-guru. (Dua dalam satu).

Majalah-majalah tersusun rapi.

Sebahagian daripada beberapa ratus buah buku yang telah dikumpulkan dari dulu hingga sekarang. Kali terakhir mendapat bekalan buku baru ialah pada tahun 2008.

Bilik nya tidak lah sebesar mana tetapi cukup lah untuk kegunaan murid-murid yang tak sampai 50 orang.

Wednesday, February 3, 2010

Bahasa Melayu bahasa komunikasi.

Pak Man rasa sedih bila melihat papan tanda ini. Sanggup mereka menduakan Bahasa Melayu. Perlukah ditulis bahasa lain selain dari Bahasa Melayu di Papan penunjuk arah tersebut.
.
Kita sekarang sedang mengamalkan dasar 1 Malaysia, sepatutnya Bahasa Kebangsaan kita adalah satu iaitu Bahasa Melayu(Bahasa Malaysia). Tidak ada dua atau pun tiga.
.
Gunakan lah bahasa kebangsaan kita,
Marilah amalkan ramai-ramai,
Bahasa lah menyatukan kita semua,
Yakin lah bahasa jiwa bangsa.
.
Pak Man bukan nak bersikap perkauman, tapi ini sudah menjadi dasar kerajaan....mendaulatkan bahasa kebangsaan.

Tuesday, February 2, 2010

Klinik Pergigian Bergerak Dong.

Sudah 3 hari dah Klinik Pergigian Bergerak ini datang ke SK Semantan Ulu. Terima kasih kami ucapkan. Dapat lah budak-budak ni buat pemeriksaan dan terima rawatan.
Semoga jasa anda semua akan mendapat balasan daripada Allah . Perkhidmatan anda amat kami hargai.

Monday, February 1, 2010

Harta kadang-kadang boleh menyusahkan kita.


Arakian tersebutlah kisah di sebuah kampung yang bernama Kg.Seputar Alam. Adapun kampung ini tinggalnya beberapa orang muda sahaja, melainkan semua nya terdiri daripada warga 'lansia'(lanjut usia).
Cerita kali ini berputar sekitar hidup salah seorang warga 'lansia' tersebut. Kita namakan nya dengan nama Mak Cik S.
Beberapa tahun yang lalu, Mak Cik S telah di datangi oleh Mak Cik Q kerana nak minta kebenaran menumpang di tanah Mak Cik S.
Mak Cik S izin kan. Rumah didirikan.........makin lama rumah ditambah jadi makin besar, makin besar........
Mak Cik S kata,"Jangan lah tambah lagi, nanti bila tiba masa nya anak-anak saya nak diri kan rumah di situ, kamu kena pindah."
Tiba-tiba muncul anak-anak Mak Cik Q, "Berapa harga tanah tu....biar kami bayar."
.
Jawab Mak Cik S, "Saya tak nak jual tanah tu....kalau kamu ada duit belilah tanah lain untuk mak kamu ni."
.
Anak Mak Cik Q senyappppp...........
.
Sekarang Mak Cik Q dah meninggal. Rumah tu masih di situ. Dalam empat - lima bulan kebelakangan ni, dah ada orang menyewa. Duit sewa tak tahu siapa yang kutip.
.
Mak Cik S tak dapat apa-apa......cukai tanah nak kena bayar. Tanah tak boleh guna kerana ada rumah di situ. Duit sewa rumah, orang lain yang kutip.
.
Macam mana tu?........

Hati Pak Man tersentuh....air mata bergenang.

Pak Man ada terbaca satu email yang dikirim oleh Saudara Zuraimi dan pasangannya yang kini bermustautin di sebuah negara timur tengah. Pak Man sungguh terharu kerana mereka berdua ini sedang berusaha bersama-sama dengan kawan-kawan yang ada di sana dan di mana saja di muka bumi ini, mengumpul derma untuk SK Semantan Ulu. Semoga usaha anda semua akan mendapat balasan yang setimpal nya dari Allah.
Berikut ini adalah email yang di tulis oleh En.Zuraimi.........

Assalamualaikum kawan sekalian,

saya ada bercadang utk mengutip derma bagi sk hulu semantan.sekolah ini terletak di daerah Raub, Pahang. sekolah ini dikategorikan sbg sekolah kurang murid.muridnya adlah seramai 40 org shaja drpd 29 keluarga.

Walaupun demikian, sekolah ini mencatat sejarah apabila 2 org pelajarnya mendapat 5A.walaupun belajar jauh dipedalaman, tp dgn usaha guru2 dan murid2 yg belajar dlm serba kekurangan, sekolah ini telah menunjukkan peningkatan..kebanyakan murid2 adalah drpd keluarga yg susah dan berpendapatan rendah. pada kutipan yuran PIBG yg lps, hanya RM290 shj yg berjaya dikutip.dengan jumlah sekecil itu, x banyak xtvt yg dapat dijalankan..

saya berharap pada kekawan semua.. jika sudi utk menderma kpd sekolah ini.... mungkin dengan usaha kita yg tdk seberapa ini..kita berjaya melahirkan insan2 cemerlang yga kan berjaya memertabatkan Agama , bangsa dan negara kita kelak..setiap sumbangan boleh sisalurkan kpd saya, shiela, mushil dan juga KP..

sekian.